SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA : WONG SIEW SIAN D20112055730 EL-BP05(A121PJJ)

Sunday 28 October 2012

HAIWAN YANG SEMAKIN PUPUS DI MALAYSIA

HAIWAN-HAIWAN YANG SEMAKIN PUPUS DI MALAYSIA


TARANTULA


TUNTUNG


PENYU


ORANG UTAN


DUGONG


SELADANG


BADAK SUMBU

HARIMAU

Saturday 27 October 2012

DASAR SAINS & TEKNOLOGI NEGARA

DASAR SAINS & TEKNOLOGI NEGARA

Latarbelakang
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.
Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."

Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor Perindustrian
Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:
(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;

(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahan industri perkilangan di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;

(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan
(iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan peningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.
Pengurusan S&T yang bijak nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan membangunkan keupayaan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima apabila S&T diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.
Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul apabila orientasi dan pendekatan pembangunan negara yang selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.
Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi sokongan S&T yang ditubuhkan lebih menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada membangunkan sektor pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan jentera dan dasar S&T yang sedia ada atau menubuhkan infrastruktur S&T yang baru untuk menyokong usaha-usaha pembangunan sektor perindustrian.
Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama daripada sumber-sumber S&T seperti dalam pembangunan sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-penemuan yang terkandung dalam Kajian Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah mengenalpasti antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri untuk membangunkan S&T dalam sektor perindustrian. Antara sebab yang dinyatakan dalam laporan PIP adalah seperti berikut:
(i) Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri tempatan
iaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi, menyerap dengan jayanya, mencipta dan memperdagangkan teknologi moden;

(ii) Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan daripada akibat
keengganan pembekal teknologi untuk memindahkan teknologi dan juga keupayaan teknologi yang dibekalkan adalah rendah;

(iii) Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-
aktiviti penyelidikan khasnya Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) perindustrian sebagai sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian;

(iv) Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan teknologi tempatan
dan penggunaannya;

(v) Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian terlibat
dengan P&P, perolehan teknologi dan pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang berkesan untuk menyelaraskan dasar S&T, memperuntukkan tanggungjawab dan tugas P&P, menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan teknologi dengan cara yang lebih berkesan; dan

(vi) Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk menjalankan
aktiviti P&P yang berterusan. Nisbah penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang berterusan untuk pembangunan teknologi bersama-sama dengan pelaksanaan program pembangunkan sektor perindustrian adalah perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah menekankan bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan S&T perlu dijadikan sebagai satu faktor asas kepada rancangan membangunkan sektor perindustrian.
 
Dasar Sains dan Teknologi
Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara."
Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Strategi Penentuan Keutamaan
Untuk mencapai matlamat dasar S&T yang disebutkan di atas tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber S&T kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan S&T untuk membangunkan satu sektor pengeluaran yang setanding dengan sektor perindustrian di negara-negara maju.
Rancangan untuk membangunkan keupayaan S&T adalah berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan S&T negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara. Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:
(i) Pembangunan keupayaan sumber-sumber S&T negara ini seperti
tenaga teknik dan saintifik, institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan (develop indigenous technology capability); dan

(ii) Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalam
memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaih dan menginovasikan teknologi asing (keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek-projek usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain.

Strategi pembangunan S&T yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:
(i) Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial
S&T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber S&T akan digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.

(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar
Lain

Dasar S&T akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

(iii) Peningkatan Perkhidmatan Saintifik
Perkhidmatan S&T di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.

(iv) Berdikari
Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran S&T supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S&T negara-negara maju.

(v) Maklumat S & T
Satu pusat maklumat S&T perlu ditubuhkan untuk memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-sumber S&T. Maklumat sumber-sumber S&T adalah mustahak untuk memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan, Penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.

(vi) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P)
Keutamaan akan diberikan kepada

(a) Penggunaan P&P dalam memajukan sumber-sumber pertanian, teknologi pengeluaran barangan dan memajukan proses yang sesuai serta juga bidang kesihatan.

(b) Menubuhkan satu sistem pengurusan P&P yang berkesan dan juga membangunkan infrastruktur sokongan S&T seperti pejabat patent, institusi P&P, institusi rekabentuk perindustrian, perundingan teknik dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan memperkenalkan produk yang baru.

(c) Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam usaha-usaha
P&P melalui insentif, menubuhkan jentera perhubungan antara sektor swasta dengan institusi S&T awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan hasil-hasil penyelidikan dan menekankan usaha-usaha dalam P&P gunaan dan penyesesuaian.

(vii) Tenaga Manusia
Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi S&T serta juga menjamin supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.

(viii) Peranan Sektor Swasta
Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jentera S&T sektor awam untuk memenuhi keperluan P&P mereka.

(ix) Pemindahan Teknologi
Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian.

(x) Komputerisasi
Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan.

(xi) Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains
Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk mengawasi kemajuan S&T di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat dan lain-lain bidang S&T juga akan ditubuhkan.

(xii) Pelan Tindakan
Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut.
 
Pelaksanaan
Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) telah memperuntukkan sebanyak $4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.
Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor S&T telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek P&P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan S&T pada pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RM5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber S&T dalam RM5 dan RM6 akan menumpukan sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi.
Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5 dan RM6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek P&P dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan P&P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.
Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan P&P yang lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah dibentuk.
Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987 untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.
Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong pelaksanaan PIP. Walaupun teknologi dan masalah pembangunan keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti dalam PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan atau strategi-strategi yang jelas untuk diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian digubal khas untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei 1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor-syor tersebut.
 
Penutup
Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber S&T ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik.

Thursday 25 October 2012

FAKTA MAKANAN

FAKTA MAKANAN
Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja lebih 1.5 juta orang di seluruh dunia.Rangkaian makanan segera McDonald mempunyai pekerja lebih 1.5 juta orang di seluruh dunia.
Contoh makanan dan masakan yang terkenal di sesetengah kawasan di dunia termasuklah humus di Timur Tengah, pai epal di Amerika Syarikat, ikan mentah di Jepun, keju di Perancis, daging panggang dan sayur di England, kari di India dan totila di Mexico.
Memotong bawang mengeluarkan gas yang pedih apabila masuk ke mata anda. Badan anda mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan menyingkirkannya daripada mata anda.
India merupakan pengeluar pisang terbesar di dunia, mengeluarkan kira-kira 22 juta tan pada tahun 2007.
Contoh sayur-sayuran yang terkenal termasuklah selada, lobak merah, asparagus, kubis bunga, brokoli, bayam, kentang dan bawang.
Contoh buah-buahan yang terkenal termasuklah epal, limau, pir, strawberi, pic, apricot dan anggur.

Wednesday 24 October 2012

WORLD INNOVATION FORUM KUALA LUMPUR (WIF-KL)

 
Kuala Lumpur, 23 Oktober 2012 – Taklimat media sempena penganjuran World Innovation Forum Kuala Lumpur (WIF-KL) yang akan diadakan pada 1 hingga 7 November 2012 telah dijalankan oleh YB Datuk Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

WIF-KL melibatkan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) serta agensi-agensinya, mensasarkan penyertaan daripada 1500 delegasi antarabangsa daripada 50 negara selain memanfaatkan 10 000 pengunjung yang lain.

Program yang dirangka dengan begitu komprehensif ini menggabungkan empat program utama iaitu KL Innovation Forum 2012, BioMalaysia 2012, NanoMalaysia Summit and Expo 2012 dan National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2012. WIF-KL turut disokong oleh sepuluh program satelit yang dilaksanakan melalui pendekatan turun padang untuk mencapai sasaran khalayak sehingga ke peringkat akar umbi. Antara program satelit yang telah dan akan dijalankan ialah Jejak Inovasi, YIM Kids Invent! Finale, Asia Grassroot Innovation Design Competition and Forum, 21st Century Learning (Innovation in Education), Anugerah PIALA CIPTA Dengan Inovasi Yo!, Generation and Transform and Roll Out Session, Cyber Security Malaysia Awards Conference & Exhibition (CSM-ACE) 2012, International Symposium on Accelerating Innovation in Developing Countries, TEDx Merdeka Square dan WIF-KL Innovation Awards Nite.

WIF-KL menjadi platform penyatuan apabila menggabungkan kepakaran dari seluruh dunia dalam membincangkan isu-isu berkaitan inovasi sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi masyarakat yang menjana negara berpendapatan tinggi.

Pembudayaan inovasi bukan hanya memantapkan dan meningkatkan jaringan hubungan antara negara yang mempunyai tingkat pembangunan yang pelbagai malah menyediakan peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang menuju ke arah inovasi inklusif.

Program ini disasarkan kepada individu yang terlibat dan bertanggungjawab terhadap pembangunan sosioekonomi dalam sesebuah komuniti dan bangsa menerusi inovasi. Antara yang akan memanfaatkan program yang bertaraf antarabangsa ini ialah para pembuat dasar, ketua-ketua korporat, saintis, NGO, ahli akademik dan para pelajar.

Tuesday 23 October 2012

FAKTA HAIWAN

FAKTA HAIWAN
Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.  
Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu lakukan.
Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda.
Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000 harimau.
Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati.
Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya!
Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan lumba-lumba.
Ikan lumba-lumba merupakan haiwan karnivor (pemakan daging).
Singa merupakan spesies kucing besar yang kedua terbesar di dunia (selepas harimau).
Singa yang hidup liar mempunyai hayat hingga kira-kira 12 tahun dan berehat kira-kira 20 jam sehari.
Gorila merupakan haiwan herbivor. Ia menghabiskan masanya mencari makanan dan memakan buluh, tumbuh-tumbuhan berdaun dan kadang kala serangga. Gorila dewasa boleh makan hingga 30 kilogram makanan sehari.
Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Katak boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya walaupun ia tidur.
Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam.
Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah. Semasa ia sedang minum, ia tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang.
Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 – 1.8 meter, ia mengandungi bilangan vertebra yang sama seperti leher manusia.
Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang – ia menggunakan belalainya untuk bernafas seperti snorkel di dalam perairan dalam. Gajah tidak mempunyai penyerang semula jadi.
Badan harimau bintang dijadikan untuk berburu. Ia mempunyai badan yang licin, teguh dan boleh berlari pada kelajuan hingga 57 kilometer sejam. Ia juga perenang dan pemanjat yang hebat dan boleh meloncat dan melompat pada jarak jauh.
Bibir bawah ikan paus yang melengkung menyerupai seolah-olah ia sedang senyum! Namun, ini bukannya senyuman “asli” kerana longgokan lemak di kepalanya menghalang otot-otot mukanya daripada mencecah permukaan air.
Serigala merupakan pemburu yang hebat dan tinggal di lebih banyak tempat di dunia daripada mamalia lain kecuali manusia. Serigala mempunyai kaki yang panjang dan banyak meluangkan masanya berlari berderap pada kelajuan 12 – 16 kilometer sejam. Sekumpulan serigala boleh berlari sekata berjam-jam dan telah diketahui bahawa mereka boleh meliputi jarak sejauh 90 kilometer dalam satu malam.
Tikus membiak dengan pantas hingga dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh menghasilkan lebih 1 juta saudara mara.
Ikan paus biru boleh mengeluarkan bunyi paling kuat daripada mana-mana haiwan. Pada desibel 188, bunyi itu boleh dikesan sejauh lebih 800 kilometer.
Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.
Ampai-ampai gergasi dari Artik mempunyai peraba yang boleh mencapai lebih 36 meter panjang.
Belalang juta mempunyai otot kaki yang kira-kira 1000 kali lebih kuat daripada otot manusia yang sama berat.
Burung berdendang (humming bird) sangat lincah dan mempunyai kawalan yang baik hingga boleh terbang ke belakang.
Jerung mempunyai rangka yang diperbuat daripada rawan, bukan tulang.
Serangga seperti lebah, nyamuk dan riang-riang membuat bunyian dengan menggerakkan kepak mereka dengan pantas.
Tanduk badak sumbu diperbuat daripada bulu yang dipadat bukannya tulang atau bahan-bahan lain.
Jerung mengeluarkan telur yang paling besar di dunia.
Walaupun ular pejamkan matanya, ia boleh melihat melalui kelopak matanya.
Tidak seperti manusia, kambing biri-biri mempunyai empat perut, setiap satu membantu menghadam makanan yang dimakan.
Walaupun beruang kutub kelihatan putih dan gebu, kulit sebenarnya ialah hitam.
Lalat rumah hanya boleh hidup selama 2 atau 3 minggu.
Nyamuk merupakan serangga yang menyakitkan tetapi adakah anda tahu yang hanya nyamuk betina menggigit manusia.
Kucing menggunakan misainya untuk memeriksa sama ada sesuatu ruang itu terlalu kecil untuk dia masuk ke dalam atau tidak.
Belut eletrik boleh mengeluarkan kejutan eletrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan pemburuan.
Disebabkan bentuk kaki yang luar biasa, kanggaru dan emu sukar untuk berjalan mengundur ke belakang.
Arnab dan burung kakak tua boleh melihat belakang mereka tanpa mengerakkan kepala mereka!
Seekor badak air kelihatan besar tetapi ia masih boleh berlari lebih pantas daripada seorang manusia. 

Sunday 21 October 2012

FAKTA BUMI

FAKTA BUMI
Magma adalah batu cecair panas di bawah permukaan Bumi, ia di panggil lahar selepas ia terkeluar daripada gunung berapi.
Gas asli tidak mempunyai bau.Bau yang kuat ditambah padanya oleh manusia, supaya ia boleh kesan apabila ada kebocoran.
Hawaii bergerak menghala ke Jepun pada kelajuan 10cm setahun. Ini adalah kerana setiap satu Negara tersebut berada pada plat tektonik yang berlainan.
Bongkah batu gunung berapi yang dikenali sebagai pumis adalah bongkah batu yang boleh terapung dalam air.
Gempa bumi yang berlaku di lautan boleh menyebabkan tsunami yang boleh sampai ke darat dan membahayakan manusia.
Talkum merupakan galian yang paling lembut dan halus di Bumi, dengan ketebalan hanya 1 di skala Mohs. Ia digunakan untuk membuat bedak talkum.
Gurun yang terbesar di dunia ialah Sahara, ia meliputi kira-kira satu per tiga benua Afrika!
Gunung Everest adalah gunung tertinggi di Bumi, kemuncaknya mencapai 8,848 meter (29028 kaki) di atas paras laut.
Berlian dikenali sebagai bahan yang paling keras.
Berlian semula jadi dibentuk oleh berbilion-bilion tahun di bawah tekanan dan haba yang kuat. Ia dibawa ke permukaan Bumi oleh letusan gunung berapi yang dalam.
Struktur hidup yang terbesar di Bumi ialah Terumbu Sawar Besar. Ia berukuran 2000 kilometer panjang dan boleh ditemui di Australia.

Saturday 20 October 2012

HAIWAN TERPANTAS DI UDARA

3 - Haiwan Terpantas di Udara - Peregrine Falcon

Peregrine Falcon - [Foto kredit: Harold Stiver]

Burung terpantas di dunia ialah helang Peregrine Falcon @ Falco Peregrinus. Boleh terbang terjun hampir 300km sejam, bukan sahaja burung terpantas di dunia, tetapi haiwan terpantas di dunia.

Falcon Peregrine mempunyai panjang badan 34 hingga 58cm, lebar sayap 80 hingga 120cm, jangka hayat 7-15 tahun. Ia boleh hidup di pelbagai jenis habitat termasuk bandar-bandar, kawasan tropika, gurun dan tundra.

Friday 19 October 2012

HAIWAN TERPANTAS DI LAUTAN

2 - Haiwan Terpantas di Lautan - Sailfish

Fastest fish on the planet
Sailfish - [Foto kredit: Reinhard Dirscherl]

Binatang laut yang paling pantas adalah Istiophorus albicans @ Sailfish Atlantik. Sailfish boleh berenang dengan kelajuan 68 batu sejam (110 km/j). Sailfish Atlantik ditemui di Lautan Atlantik dan Laut Caribbean.

Berat maksimum adalah sekitar 220 paun (100 kg), panjang hingga 124 inci (340 cm). Pakar berkata sailfish boleh hidup sehingga 10 tahun tetapi puratanya 4 atau 5 tahun saja. Haiwan ini mendapat namanya daripada sirip dorsal yang menakjubkan, yang berwarna biru kobalt yang terang dengan bintik hitam.

Wednesday 17 October 2012

HAIWAN TERPANTAS DI DARAT

1 - Haiwan Terpantas di Darat - Cheetah


Cheetah @ Acinonyx jubatus adalah binatang terpantas di dunia di atas tanah. Pemangsa ini merupakan salah satu mesin pembunuh yang paling berkesan di dunia.

Dalam jarak pendek, ia boleh memecut sehingga 120 km/j, dari 0 - 110 km sejam dalam masa tiga saat. Cheetah tinggal di padang rumput terbuka atau Savannah di Afrika.

Biasanya memburu pada waktu siang, lebih suka pada awal pagi atau lewat petang. Dalam kawasan liar, cheetah boleh hidup dari 10 hingga 15 tahun.

Monday 15 October 2012

CARA PERGERAKAN HAIWAN

CARA PERGERAKAN HAIWAN


1.    Tujuan haiwan bergerak untuk :-
  • Mencari makan
  • Melarikan diri daripada musuh
  • Mencari pasangan untuk tujuan pembiakan
  • Mencari habitat yang sesuai untuk hidup dan membiak

2.    Terdapat pelbagai cara pergerakan haiwan :-

Contoh Haiwan dan Cara Pergerakannya


                                                                 Kura-kura


 Kanggaru
Cara pergerakan :   
Merangkak
Penyesuaian :                   

  • Berkaki pendek
  • Badan rapat dengan tanah

Cara pergerakan :   
Melompat
Penyesuaian :              

  • Kaki belakang lebih panjang dan berotot kuat



Harimau

   Orang utan
Cara pergerakan :   
Berlari pantas
Penyesuaian :                     

  • Berkaki kuat, berotot dan tegap

Cara pergerakan :   
Memanjat
Penyesuaian :                     

  • Berkuku cengkam dan tangan yang panjang




 Beruang


Ular
Cara pergerakan :   
Berjalan
Penyesuaian :                     

  • Berkaki

Cara pergerakan :   
Menyusur
Penyesuaian :                     
  • Badan licin dan berotot kuat untuk menggantikan kaki.
  • Pergerakan lancar
 



Belut



Siput babi
Cara pergerakan :   
Berenang
Penyesuaian :                     

  • Mempunyai sirip dan badan berbentuk larus

Cara pergerakan :   
Mengengsot
Penyesuaian :                     

  • Menggunakan bahagian berotot dan berlendir untuk bergerak perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.

Sunday 14 October 2012

LATIHAN: CARA PERGERAKAN HAIWAN

Sila padankan jenis haiwan dan cara pergerakannya.

kanggaru

kura-kura

penyu

katak

lalat

buaya

ikan

burung

1. Namakan dua jenis haiwan yang boleh berenang.

a)............................                                             b)...........................

2. Namakan dua jenis haiwan yang boleh terbang.

a).........................                                                b).........................


3. Namakan dua jenis haiwan yang boleh melompat.

a).........................                                               b)........................


4. Namakan dua jenis haiwan yang boleh merangkak.

a).........................                                                b)........................